Penerbit UTHM
Penerbit UTHM

Penerbit UTHM

Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Penerbit UTHM)[1] merupakan sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) yang telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Disember 2002. Antara fungsi Penerbit UTHM ialah menerbitkan buku-buku serta bahan-bahan ilmiah bagi rujukan pelajar dan pembaca umum. Penubuhan Penerbit UTHM adalah sejajar dengan hala tuju universiti iaitu perkongsian ilmu antara ahli akademik dan juga komuniti.